Ya Allah, sesungguhnya kau sangat mengasihani hamba mu ini.
Kau beri aku kekuatan untuk melawan segala rasukan malas dari syaitan.
Kerana itu aku berjaya menelaah matematik hingga pukul 2 pagi.
Kerana kau juga ya Allah aku berjaya bangun dr tidur keesokan paginya.
Kerana kau juga aku mampu memandu dalam 45minit tanpa rasa mengantuk.
Kerana kau juga aku tiba di UM pada pukul 7.30 pagi.
Namun aku hanya hambamu yang lemah yang masih mahu tidur kerana tidak cukup tidur pada malamnya.
Keranamu ya Allah aku gerakkan jari ku untuk meng'set' alarm handphone.
Tepat pukul 8pagi jam berbunyi.
Lalu aku dengan mudahnya dirasuk syaitan untuk mematikan alarm.
Lalu aku sambung tidur.
Kerana kau ya Allah yang sangat mengasihani hambamu yang lemah ini,
kau kejutkan aku dari lena tepat-tepat jam 8.50pagi.
Dengan menggelabahnya kau berikan aku kekuatan untuk berjalan dengan pantas ke dewan peperiksaan.
Hanya rasa syukur yang mampu dipanjatkan kepadamu ya Allah kerana memberi aku peluang untuk menghadapi kertas Geometri dan Trigonometri ini.
Sesungguhnya ini adalah pengajaran buat ku.
No comments:
Post a Comment