Hari ni, lepas habis exam, lepas lunch dengan Ejat, terus balik rumah. sampai dekat kawasan perumahan aku, ternampak seorang makcik.
Profile Makcik tepi jalan
Nama: anonymous
Umur: sekitar 40-an (mungkin sebaya mak aku)
Warganegara: Malaysia
Bangsa: India
Makcik ni kelihatan sangat penat. muka berpeluh-peluh. maklumlah pukul 2 pagi dekat Rawang ni. memang terik. makcik ni pakai payung sambil mendaki jalan bertar nak menuju kawasan perumahan aku tu. kalau naik kereta macam aku, nak sampai rumah ade lah dalam dua minit perjalanan. tapi untuk makcik yang jalan kaki tu, boleh jadi 15 minit atau lebih. yelah, kalau nak diukur dengan kudrat yang dia ada kan.
Selepas kereta aku melepasi makcik tu dengan megahnya, aku mula terfikir sesuatu. kenapa aku tak boleh berhenti sekejap untuk tumpangkan makcik tu balik rumah dia. kenapa aku macam sombong sangat. adakah sebab aku tak kenal makcik tu? sebab makcik tu orang India? oh tidak, aku pasti bukan itu alasannya. sebab kalau makcik tu melayu pun belum tentu aku tumpangkan. sebab makcik tu orang jahat ke? semestinya tidak. makcik tu sedikit pun tak nampak macam tu. yang aku tahu dia nampak lemah.
Kenapa aku tak tolong dia? agaknya memang macam ni kut perangai manusia. kalau berjalan tu, tak nak fikir orang sekeliling. agaknya kalau aku tengah jalan kaki, mesti aku dah tegur makcik tu. tapi sekarang aku naik kereta, bawak kereta pun senonong je nak cepat sampai rumah tak toleh kiri kanan, tak fikir keadaan makhluk lain. manusia zaman sekarang ni semua hidup sendiri-sendiri je. kalau nak tolong pun, tolong kawan-kawan sendiri je, tolong keluarga sendiri je.
Bila aku tulis entry ni, aku tau ada pengajaran yang aku dapat dari kisah hari ni. tapi aku boleh 'bet' yang lain kali kalau aku terserempak dengan keadaan macam ni lagi pun, belum tentu aku akan tolong. bukan sebab aku racist, bukan sebab aku sombong, bukan sebab aku buruk sangka, dan yang paling penting bukan sebab aku tak nak tolong, cuma sebab aku tak biasa. malang untuk kau dan aku makcik sebab ramai jugak orang yang tak biasa macam aku.
Siapa yang akan tumpangkan orang yang kita tak kenalkan.
Renung-renungkanlah.
No comments:
Post a Comment