jujur aku cakap yang bulan ni bukan lah bulan tergembira aku. harap2 baki dua bulan lagi untuk tahun 2010 ni akan hadir dalam bentuk yang lebih nilai kebahagiaan dan kekeluargaannya.
Beban yang terbeban #1: sebagai pelajar.
adalah berkisarkan tentang tugasan2 aku yang melambak-lambak dan bertimbun-timbun. belum lagi ditambah dengan beban final exam untuk sem 1 ni. kalau nak diceritakan satu persatu, tentunya tugasan yang paling mencabar adalah untuk menyiapkan stop motion animation aku yang pertama ni. memang mencabar bukan saje dari segi kreativiti aku tapi banyak jugak dugaan yang mampu melumpuhkan proses untuk menyiapkannya. ini belum lagi ditambah dengan poster climat change dan poster Chungking Express. yang satu tu dah siap tapi sangat tidak memuaskan hati aku. jadi aku berazam untuk cover balik dgn buat all out untuk poster Chungking Express. tapi macam biasa, aku tak pasti ini adalah satu azam atau cume sekadar angan2 mat jenin. yelah, memandangkan bayang2 hasilnya masih lagi belum nampak. bukan tak ada idea bernas, cuma kebolehan diri membataskan semuanya, tapi aku yakin setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. ini belum lagi ditambah dengan tugasan draughtmanship aku yang agak bertimbun membuatkan aku jadii give up untuk pandang kertas bersaiz A2 tu. akhirnya, aku sorang board bawah almari dan cakap, "nanti-nanti lah buat." dari segi positifnya, betul juga apa aku buat ni. yelah, takkan nak buat kerja masa takde mood kan. tp yang lebih bermasalahnya lagi, bila mood nya nak datang ni. penat aku tunggu siang malam tp masih mood yang aku nak tu tak sampai2. bercinta den tunggu. kalau nak ulas pasal final exam pulak, aku boleh kategorikan sebagai beban yang samar-samar. kenapa begitu? kerana aku rase tebeban dengan final exam ni,tapi yang nyata satu usaha pun tak nampak lagi. jadi kita tunggu dan lihat sajalah bila kabus ni nak berlalu.
Beban yang terbeban #2: sebagai anak dan manusia.
adalah berkisarkan kehidupan penuh tekanan aku semasa di rumah. rumahku syurgaku. aku ulang alik dari rumah ke UM kerana aku mahu berada di syurga. tapi syurga aku tidak sempurna kerana didalamnya terletak manusia2 yang mahu menjaga kepentingan mereka sendiri. aku penat dengan keadaan ini. tapi sebagai anak yang menghuni di rumah syurga ini, menjadi seorang pemerhati adalah perkara terbaik yang boleh aku lakukan. betapa losernya aku. mungkin seisi keluarga tidak akan sedar kerana mereka tidak penah mengkaji apa yang aku kaji. tapi aku hampir dapat mengenal pasti, keluarga ini akan terbang ditiup angin kalau aku tidak kuat. aku bukan ketua keluarga tapi aku adalah tunjang kekuatannya. bebanannya sangat jelas cuma tidak nampak.satu hari nanti, kalau aku longlai mempertahankannya, aku mahu ada insan yang buka mata untuk tengok dan kaji kenapa aku longlai tidak terdaya. kerana aku semakin penat.
ya, aku semakin penat dan aku mahu tidur.
No comments:
Post a Comment