tajuk entry aku sememnangnya tajuk yang paling sesuai untuk menggambarkan apa yang sedang berlegar di minda aku. minda aku penuh dengan persoalan. kadang kala aku benci dengan persoalan-persoalan ini yang tidak pernah berkesudahan. tapi aku tak pasti, adakah aku sudah bersedia untuk mengutarakan persoalan-persoalan itu? pada siapa? bagaimana? ternyata, aku belum bersedia. biarlah aku pendam dahulu rasa hati aku hingga muncul sesiapa yang mengabil berat ingin tahu.
Cerita semalam #1 : Perbualan aku bersama seorang rakan.
Rakan: amal, aku suka hidup macam kau. kau nampak bahagia je.
Aku: bahagia? haha. apanya yang aku nampak bahagia. biasa ja.
Rakan: yelah, hidup kau senang je. hidup untuk diri sendiri, tak payah ambil kisah hal orang lain.
aku mengenali rakan ku ini tidak lama, tapi aku pernah beberapa kali bersembang dengan dia. ini adalah perbualan terakhir kami. tapi berdasarkan pemerhatian aku melalui perbualan kami sebelum2 ni, aku tahu betapa dia teringin untuk hidup seperti aku. tapi persoalannya di sini, rakan aku lupa bahawa apa yang dia tengok dan perhatikan pada aku adalah perkara2 yang superficial saja. dia tak kenal aku luar dalam. mana dia tahu aku bahagia atau tak, kan? aku terfikir, aku suka bila dia lihat aku sebagai seorang yang bahagia, kerana aku suka menjadi begitu. kerana kebahagiaan dan kegembiraan itu lain maknanya. bahagia itu bagi aku bawa makna yang lebih besar dari gembira. aku hidup di dunia ini tidaklah lama. baru 18 tahun. tapi aku sudah matang dan aku lebih fokus. aku kini hidup mencari kebahagiaan, bukannya kegembiraan. sebab itu kadang kala aku tidak kisah bersendirian asalkan aku bahagia. persoalan yang banyak menghantui aku kini adalah, aku takut kebahagiaan aku semakin hilang. ya, aku takut.
Cerita semalam #2 : Perbualan aku bersama seorang pekerja makan gaji.
Pekerja: amal, saya tak suka bos saya. dia tidak pernah mengerti. dia seperti diktator.
Aku: Kesiannya. bagaimana pula dengan pembantu2nya? tak bolehkah mereka membantu mengawal keadaan ini?
Pekerja: keadaan menjadi semakin teruk. lihat sajalah, dulu sebelum puan Z dinaikkan pangkat, perangainya elok saja. tapi kini selepas dinaikkan pangkat, sifat kediktatorannya turut terserlah.
aku pernah mengenali puan Z dan aku tahu dia tidak begitu. dan aku juga pernah mengenali bos mereka dan aku juga tahu dia tidak begitu. konflik ini timbul di dalam sebuah organisasi. dan aku lantas menyalahkan sistem yang organisasi ini naungi. aku percaya, sifat manusia boleh berubah melalui cara mereka diasuh. jika organisasi ini mengamalkan sistem begini, maka begitulah acuan bos dan pekerjanya. aku cuba kaitkan cerita ini dengan kehidupan aku yang penuh tanda tanya ini. aku tidak kisah bernaung di bawah satu sistem, tapi aku takut bagaimana acuan aku nanti. cantikkah atau burukkah? ya, aku takut.