I can smell something.
Something bad.
Something unpleasant.
It's coming.
Directly to me, to us who involved.
And now, I am totally scared.
People make mistakes. This time it is just another mistake.
Mistakes happen cause people never learn to always feel insecure.
They easily feel comfortable.
But how if this mistake is made for the sake if revenge.
Am I allowed to assume this way?
Whatever it is, whatever the reason, I not the smell is still bad.
Ya Allah the almighty,
I'm no good, but please god.
Protect us.
Sunday, November 28, 2010
Tuesday, November 23, 2010
Sayalah orang yang paling tak tahu bersyukur!
yes, exactly, absolutely, tepat sekali, tak percaya? percayalah!
aku benci tapi aku suka.
aku sakit hati tapi itu aku punya.
aku nak maki tapi itu berdosa.
aku nak lari tapi takut kecewa.
penghabisannya, aku di sini terus benci, sakit hati, nak memaki, dan nak lari.
sebab itu aku orang yang paling tak tahu bersyukur dalam dunia.
aku ada hidup, padahal ada yang tiada.
aku ada keluarga, padahal ada yang sebatang kara.
aku ada sayang, padahal mereka masih mencari bayang.
penghabisannya, aku di sini terus hidup, bersama keluarga, dan dilimpahi kasih sayang.
tapi aku tetap orang yang paling tak tahu bersyukur dalam dunia.
aku ada otak, tapi aku memberontak.
aku ada duit, tapi aku mengungkit.
aku ada itu, tapi aku nak ini.
aku ada semua, tapi aku nak semui.
penghabisannya, inilah aku.
orang yang paling tak tahu bersyukur dalam dunia.
tapi aku sayang tuhan.
cukup?
aku tanya, cukup?
aku mmg tak tahu bersyukur.
aku benci tapi aku suka.
aku sakit hati tapi itu aku punya.
aku nak maki tapi itu berdosa.
aku nak lari tapi takut kecewa.
penghabisannya, aku di sini terus benci, sakit hati, nak memaki, dan nak lari.
sebab itu aku orang yang paling tak tahu bersyukur dalam dunia.
aku ada hidup, padahal ada yang tiada.
aku ada keluarga, padahal ada yang sebatang kara.
aku ada sayang, padahal mereka masih mencari bayang.
penghabisannya, aku di sini terus hidup, bersama keluarga, dan dilimpahi kasih sayang.
tapi aku tetap orang yang paling tak tahu bersyukur dalam dunia.
aku ada otak, tapi aku memberontak.
aku ada duit, tapi aku mengungkit.
aku ada itu, tapi aku nak ini.
aku ada semua, tapi aku nak semui.
penghabisannya, inilah aku.
orang yang paling tak tahu bersyukur dalam dunia.
tapi aku sayang tuhan.
cukup?
aku tanya, cukup?
aku mmg tak tahu bersyukur.
Wednesday, November 03, 2010
Orang sabar selalu menang.
Kalau bulan lepas bukanlah bulan yang penuh seri untuk aku, aku berdoa agar bulan ini akan lebih membhagiakan untuk aku. Aku percaya yang sabar itu separuh drpd iman. di atas berkat kesabaran aku melalui segala dugaan bulan lepas, aku percaya esok masih ada.
Pembuka tirai bulan november ini memberi tanda2 yang sgt positif. Jika aku imbas kenangan oktober, aku acap kali berasa sepi, sunyi dan tidak berdaya. aku ada teman tapi aku sendiri. apa yang hebat tentang pembuka tirai kali ini adalah:
Sebab itu aku kata orang sabar selalu menang. =)
Pembuka tirai bulan november ini memberi tanda2 yang sgt positif. Jika aku imbas kenangan oktober, aku acap kali berasa sepi, sunyi dan tidak berdaya. aku ada teman tapi aku sendiri. apa yang hebat tentang pembuka tirai kali ini adalah:
- Masalah dalaman yang melanda sepanjang bulan lepas akhirnya menemui penamat. Orang sabar sentiasa menang.
- Transformasi dari seorang yang kolot ke seseorang yang mahu celik.
- Di saat2 akhir dpt meluahkan pada seorang rakan untuk mendoakan kesejahteraanku.
- Aku mendapat rakan2 baru.
- Dpt gadget baru.
- and sgt mengembangkan hati bila tengok ZA dah update blog.
Sebab itu aku kata orang sabar selalu menang. =)
Tuesday, October 26, 2010
Final GC Project
I am so last season again.
actually i wanted to put this animation in my blog last week,
but i can't due to some technical problem.
but i can't due to some technical problem.
then now, i would like to introduce to people my first stop motion animation.
i did this for my graphic communication final project in semester 1.
i am so lucky coz my animation managed to in the 25 best stop motion.
i'm also one of the nominee for the best drawing animation.
thank god for the opportunity and i am so proud of myself.
i promise this would not be my last stop motion animation.
hmm, mybe i can try with different media.
Wish you all the best Amal. =)
Monday, October 25, 2010
Makcik tepi jalan
Hari ni, lepas habis exam, lepas lunch dengan Ejat, terus balik rumah. sampai dekat kawasan perumahan aku, ternampak seorang makcik.
Profile Makcik tepi jalan
Nama: anonymous
Umur: sekitar 40-an (mungkin sebaya mak aku)
Warganegara: Malaysia
Bangsa: India
Makcik ni kelihatan sangat penat. muka berpeluh-peluh. maklumlah pukul 2 pagi dekat Rawang ni. memang terik. makcik ni pakai payung sambil mendaki jalan bertar nak menuju kawasan perumahan aku tu. kalau naik kereta macam aku, nak sampai rumah ade lah dalam dua minit perjalanan. tapi untuk makcik yang jalan kaki tu, boleh jadi 15 minit atau lebih. yelah, kalau nak diukur dengan kudrat yang dia ada kan.
Selepas kereta aku melepasi makcik tu dengan megahnya, aku mula terfikir sesuatu. kenapa aku tak boleh berhenti sekejap untuk tumpangkan makcik tu balik rumah dia. kenapa aku macam sombong sangat. adakah sebab aku tak kenal makcik tu? sebab makcik tu orang India? oh tidak, aku pasti bukan itu alasannya. sebab kalau makcik tu melayu pun belum tentu aku tumpangkan. sebab makcik tu orang jahat ke? semestinya tidak. makcik tu sedikit pun tak nampak macam tu. yang aku tahu dia nampak lemah.
Kenapa aku tak tolong dia? agaknya memang macam ni kut perangai manusia. kalau berjalan tu, tak nak fikir orang sekeliling. agaknya kalau aku tengah jalan kaki, mesti aku dah tegur makcik tu. tapi sekarang aku naik kereta, bawak kereta pun senonong je nak cepat sampai rumah tak toleh kiri kanan, tak fikir keadaan makhluk lain. manusia zaman sekarang ni semua hidup sendiri-sendiri je. kalau nak tolong pun, tolong kawan-kawan sendiri je, tolong keluarga sendiri je.
Bila aku tulis entry ni, aku tau ada pengajaran yang aku dapat dari kisah hari ni. tapi aku boleh 'bet' yang lain kali kalau aku terserempak dengan keadaan macam ni lagi pun, belum tentu aku akan tolong. bukan sebab aku racist, bukan sebab aku sombong, bukan sebab aku buruk sangka, dan yang paling penting bukan sebab aku tak nak tolong, cuma sebab aku tak biasa. malang untuk kau dan aku makcik sebab ramai jugak orang yang tak biasa macam aku.
Siapa yang akan tumpangkan orang yang kita tak kenalkan.
Renung-renungkanlah.
Sunday, October 24, 2010
Pengajaran dan kesyukuran.
Ya Allah, sesungguhnya kau sangat mengasihani hamba mu ini.
Kau beri aku kekuatan untuk melawan segala rasukan malas dari syaitan.
Kerana itu aku berjaya menelaah matematik hingga pukul 2 pagi.
Kerana kau juga ya Allah aku berjaya bangun dr tidur keesokan paginya.
Kerana kau juga aku mampu memandu dalam 45minit tanpa rasa mengantuk.
Kerana kau juga aku tiba di UM pada pukul 7.30 pagi.
Namun aku hanya hambamu yang lemah yang masih mahu tidur kerana tidak cukup tidur pada malamnya.
Keranamu ya Allah aku gerakkan jari ku untuk meng'set' alarm handphone.
Tepat pukul 8pagi jam berbunyi.
Lalu aku dengan mudahnya dirasuk syaitan untuk mematikan alarm.
Lalu aku sambung tidur.
Kerana kau ya Allah yang sangat mengasihani hambamu yang lemah ini,
kau kejutkan aku dari lena tepat-tepat jam 8.50pagi.
Dengan menggelabahnya kau berikan aku kekuatan untuk berjalan dengan pantas ke dewan peperiksaan.
Hanya rasa syukur yang mampu dipanjatkan kepadamu ya Allah kerana memberi aku peluang untuk menghadapi kertas Geometri dan Trigonometri ini.
Sesungguhnya ini adalah pengajaran buat ku.
Saturday, October 23, 2010
"u are so last season." "who, me?"
tonight, i wanna be more casual. get off all the emo-ish mood. u guys just make me look less happier.
one of my friend just said, people never change. he is so naughty to make us believed that he is in korea right now. but plz, this is amal. and u my friend should know very well that im not the one who can simply believe in ur words. but like he said, people never change and its quite true. hes still the same, n my other friend (who did trust him 100%, poor her...) also still the same. and i dont want to eloborate much about them, but i started to realize that i wanna be the same person too.
its just that im tired of being so emo-ish this entire month. at the end of the day, im still searching for me, the last season one, rather than being trapped in this whole new person.
one of my friend just said, people never change. he is so naughty to make us believed that he is in korea right now. but plz, this is amal. and u my friend should know very well that im not the one who can simply believe in ur words. but like he said, people never change and its quite true. hes still the same, n my other friend (who did trust him 100%, poor her...) also still the same. and i dont want to eloborate much about them, but i started to realize that i wanna be the same person too.
its just that im tired of being so emo-ish this entire month. at the end of the day, im still searching for me, the last season one, rather than being trapped in this whole new person.
Thursday, October 21, 2010
Apakah? dan Cerita semalam.
tajuk entry aku sememnangnya tajuk yang paling sesuai untuk menggambarkan apa yang sedang berlegar di minda aku. minda aku penuh dengan persoalan. kadang kala aku benci dengan persoalan-persoalan ini yang tidak pernah berkesudahan. tapi aku tak pasti, adakah aku sudah bersedia untuk mengutarakan persoalan-persoalan itu? pada siapa? bagaimana? ternyata, aku belum bersedia. biarlah aku pendam dahulu rasa hati aku hingga muncul sesiapa yang mengabil berat ingin tahu.
Cerita semalam #1 : Perbualan aku bersama seorang rakan.
Rakan: amal, aku suka hidup macam kau. kau nampak bahagia je.
Aku: bahagia? haha. apanya yang aku nampak bahagia. biasa ja.
Rakan: yelah, hidup kau senang je. hidup untuk diri sendiri, tak payah ambil kisah hal orang lain.
aku mengenali rakan ku ini tidak lama, tapi aku pernah beberapa kali bersembang dengan dia. ini adalah perbualan terakhir kami. tapi berdasarkan pemerhatian aku melalui perbualan kami sebelum2 ni, aku tahu betapa dia teringin untuk hidup seperti aku. tapi persoalannya di sini, rakan aku lupa bahawa apa yang dia tengok dan perhatikan pada aku adalah perkara2 yang superficial saja. dia tak kenal aku luar dalam. mana dia tahu aku bahagia atau tak, kan? aku terfikir, aku suka bila dia lihat aku sebagai seorang yang bahagia, kerana aku suka menjadi begitu. kerana kebahagiaan dan kegembiraan itu lain maknanya. bahagia itu bagi aku bawa makna yang lebih besar dari gembira. aku hidup di dunia ini tidaklah lama. baru 18 tahun. tapi aku sudah matang dan aku lebih fokus. aku kini hidup mencari kebahagiaan, bukannya kegembiraan. sebab itu kadang kala aku tidak kisah bersendirian asalkan aku bahagia. persoalan yang banyak menghantui aku kini adalah, aku takut kebahagiaan aku semakin hilang. ya, aku takut.
Cerita semalam #2 : Perbualan aku bersama seorang pekerja makan gaji.
Pekerja: amal, saya tak suka bos saya. dia tidak pernah mengerti. dia seperti diktator.
Aku: Kesiannya. bagaimana pula dengan pembantu2nya? tak bolehkah mereka membantu mengawal keadaan ini?
Pekerja: keadaan menjadi semakin teruk. lihat sajalah, dulu sebelum puan Z dinaikkan pangkat, perangainya elok saja. tapi kini selepas dinaikkan pangkat, sifat kediktatorannya turut terserlah.
aku pernah mengenali puan Z dan aku tahu dia tidak begitu. dan aku juga pernah mengenali bos mereka dan aku juga tahu dia tidak begitu. konflik ini timbul di dalam sebuah organisasi. dan aku lantas menyalahkan sistem yang organisasi ini naungi. aku percaya, sifat manusia boleh berubah melalui cara mereka diasuh. jika organisasi ini mengamalkan sistem begini, maka begitulah acuan bos dan pekerjanya. aku cuba kaitkan cerita ini dengan kehidupan aku yang penuh tanda tanya ini. aku tidak kisah bernaung di bawah satu sistem, tapi aku takut bagaimana acuan aku nanti. cantikkah atau burukkah? ya, aku takut.
Monday, October 11, 2010
bebanan yang terbeban.
jujur aku cakap yang bulan ni bukan lah bulan tergembira aku. harap2 baki dua bulan lagi untuk tahun 2010 ni akan hadir dalam bentuk yang lebih nilai kebahagiaan dan kekeluargaannya.
Beban yang terbeban #1: sebagai pelajar.
adalah berkisarkan tentang tugasan2 aku yang melambak-lambak dan bertimbun-timbun. belum lagi ditambah dengan beban final exam untuk sem 1 ni. kalau nak diceritakan satu persatu, tentunya tugasan yang paling mencabar adalah untuk menyiapkan stop motion animation aku yang pertama ni. memang mencabar bukan saje dari segi kreativiti aku tapi banyak jugak dugaan yang mampu melumpuhkan proses untuk menyiapkannya. ini belum lagi ditambah dengan poster climat change dan poster Chungking Express. yang satu tu dah siap tapi sangat tidak memuaskan hati aku. jadi aku berazam untuk cover balik dgn buat all out untuk poster Chungking Express. tapi macam biasa, aku tak pasti ini adalah satu azam atau cume sekadar angan2 mat jenin. yelah, memandangkan bayang2 hasilnya masih lagi belum nampak. bukan tak ada idea bernas, cuma kebolehan diri membataskan semuanya, tapi aku yakin setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. ini belum lagi ditambah dengan tugasan draughtmanship aku yang agak bertimbun membuatkan aku jadii give up untuk pandang kertas bersaiz A2 tu. akhirnya, aku sorang board bawah almari dan cakap, "nanti-nanti lah buat." dari segi positifnya, betul juga apa aku buat ni. yelah, takkan nak buat kerja masa takde mood kan. tp yang lebih bermasalahnya lagi, bila mood nya nak datang ni. penat aku tunggu siang malam tp masih mood yang aku nak tu tak sampai2. bercinta den tunggu. kalau nak ulas pasal final exam pulak, aku boleh kategorikan sebagai beban yang samar-samar. kenapa begitu? kerana aku rase tebeban dengan final exam ni,tapi yang nyata satu usaha pun tak nampak lagi. jadi kita tunggu dan lihat sajalah bila kabus ni nak berlalu.
Beban yang terbeban #2: sebagai anak dan manusia.
adalah berkisarkan kehidupan penuh tekanan aku semasa di rumah. rumahku syurgaku. aku ulang alik dari rumah ke UM kerana aku mahu berada di syurga. tapi syurga aku tidak sempurna kerana didalamnya terletak manusia2 yang mahu menjaga kepentingan mereka sendiri. aku penat dengan keadaan ini. tapi sebagai anak yang menghuni di rumah syurga ini, menjadi seorang pemerhati adalah perkara terbaik yang boleh aku lakukan. betapa losernya aku. mungkin seisi keluarga tidak akan sedar kerana mereka tidak penah mengkaji apa yang aku kaji. tapi aku hampir dapat mengenal pasti, keluarga ini akan terbang ditiup angin kalau aku tidak kuat. aku bukan ketua keluarga tapi aku adalah tunjang kekuatannya. bebanannya sangat jelas cuma tidak nampak.satu hari nanti, kalau aku longlai mempertahankannya, aku mahu ada insan yang buka mata untuk tengok dan kaji kenapa aku longlai tidak terdaya. kerana aku semakin penat.
ya, aku semakin penat dan aku mahu tidur.
Saturday, September 25, 2010
Jakun Avenue
Kolot. Why kolot? Sebab kolot adalah satu perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan blog aku yang macam hidup segan mati tak mahu ni. Walaubagaimanapun, mula-mula sekali aku nak menyampaikan rasa tak sangkanya dalam hati aku yg berbunga-bunga ni. Tak sangka akhirnya aku ade blog jugak. Wow, satu pencapaian yang agak besar untuk orang yang kolot macam aku ni! Tapi adakah yang kolot itu akan sentiasa kolot, haha, semestinya tidak. Maka, untuk membuktikan teori ini, aku akan cuba improvise ape yang patut untuk menambahkan seri blog aku ni. Selamat maju jaya.
Jakun Avenue. Why Jakun? Ade orang pernah berkata, kalau kite sukakan sesuatu tu, kite mesti suka memburuk-burukkannya, mengutuk-ngutuk, mencari kelemahan, padahal sebenarnya benda itulah yang kita kepingin sangat. Sebagai contoh,Maka, perkataan jakun ni macam satu sindiran jugaklah untuk aku. Aku suka diri aku, tapi aku masih rasa ade yang kurang. Memang manusia tak sempurna, tapi itu lumrah dan aku terima dengan seadanya. Tapi lumrah manusia juga yang tidak pernah puas. Itulah aku yang sentiasa mencari ruang untuk keluar dari kotak pemikiran biasa walaupun selalunya gagal. Disebabkan itu aku rela jadi manusia jakun. Jakun dalam mengkaji diri sendiri dan jakun mencari makna sebuah kehidupan. Walaupun ayat macam skema tapi hakikat tetap hakikat.
Amaloh. Why Amaloh? Namaku Amalina Azizan. Amaloh tu bukan nama panggilan, nama manja aku atau apa-apa jelah. cuma aku rasa nama tu dah macam satu personal trademark untuk aku. Jadi tanpa segannya aku akan gunakan nama Amaloh tu. Kalau nak dikaitkan dengan secara bodoh-bodoh asal usul nama ni, memang agak menjengkelkan la sebab nama ni lahir masa zaman aku tergedik-gedik mengelamun siang malam pada Dennis Oh. Jadi nama ni sebenarnya bersempena nama dia juga la, cuma takde royalti je ni. Kalau nak ikutkan aku sekarang dah tak demam Dennis 24 jam macam dulu, dah tak menangis senyap2 asal teringat scene Dennis mati dalam Sweet Spy, dah tak simpan gambar Dennis dalam purse, dah tak menatap gambar Dennis sebelum mandi and cakap bende2 mengarut. Zaman Dennis dah habis tapi tak sangka sangat significant dalam blog ni memandangkan aku menggunakan sebahagian dari nama dia. Haha.
Budi bahasa. Aku bukan budiman tapi aku berbudi. Aku bukan sasterawan tapi aku berbahasa. Banyak bahasa yang aku tahu, selain Bahasa Melayu dan Inggeris, aku pun tahu bahasa rojak, bahasa pasar. Tapi apa-apapun bahasa jiwa bangsa.
p.s. Sekarang bukan demam Dennis, tapi demam ZA. Sampai mimpi2 malam tadi. ZA sangat sweet dalam mimpi tu, sangat baik hati dan penyayang. Itulah ZA idola baru aku. :)
Subscribe to:
Comments (Atom)
Be Good.
"Hanya satu kata, LAWAN! " - Wiji Thukul