Saturday, September 25, 2010

Jakun Avenue

Kolot. Why kolot? Sebab kolot adalah satu perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan blog aku yang macam hidup segan mati tak mahu ni. Walaubagaimanapun, mula-mula sekali aku nak menyampaikan rasa  tak sangkanya dalam hati aku yg berbunga-bunga ni. Tak sangka akhirnya aku ade blog jugak. Wow, satu pencapaian yang agak besar untuk orang yang kolot macam aku ni! Tapi adakah yang kolot itu akan sentiasa kolot, haha, semestinya tidak. Maka, untuk membuktikan teori ini, aku akan cuba improvise ape yang patut untuk menambahkan seri blog aku ni. Selamat maju jaya.

Jakun Avenue. Why Jakun? Ade orang pernah berkata, kalau kite sukakan sesuatu tu, kite mesti suka memburuk-burukkannya, mengutuk-ngutuk, mencari kelemahan, padahal sebenarnya benda itulah yang kita kepingin sangat. Sebagai contoh,Maka, perkataan jakun ni macam satu sindiran jugaklah untuk aku. Aku suka diri aku, tapi aku masih rasa ade yang kurang. Memang manusia tak sempurna, tapi itu lumrah dan aku terima dengan seadanya. Tapi lumrah manusia juga yang tidak pernah puas. Itulah aku yang sentiasa mencari ruang untuk  keluar dari kotak pemikiran biasa walaupun selalunya gagal. Disebabkan itu aku rela jadi manusia jakun. Jakun dalam mengkaji diri sendiri dan jakun mencari makna sebuah kehidupan. Walaupun ayat macam skema tapi hakikat tetap hakikat.

Amaloh. Why Amaloh? Namaku Amalina Azizan. Amaloh tu bukan nama panggilan, nama manja aku atau apa-apa jelah. cuma aku rasa nama tu dah macam satu personal trademark untuk aku. Jadi tanpa segannya aku akan gunakan nama Amaloh tu. Kalau nak dikaitkan dengan secara bodoh-bodoh asal usul nama ni, memang agak menjengkelkan la sebab nama ni lahir masa zaman aku tergedik-gedik mengelamun siang malam pada Dennis Oh. Jadi nama ni sebenarnya bersempena nama dia juga la, cuma takde royalti je ni. Kalau nak ikutkan aku sekarang dah tak demam Dennis 24 jam macam dulu, dah tak menangis senyap2 asal teringat scene Dennis mati dalam Sweet Spy, dah tak simpan gambar Dennis dalam purse, dah tak menatap gambar Dennis sebelum mandi and cakap bende2 mengarut. Zaman Dennis dah habis tapi tak sangka sangat significant dalam blog ni memandangkan aku menggunakan sebahagian dari nama dia. Haha.

Budi bahasa. Aku bukan budiman tapi aku berbudi. Aku bukan sasterawan tapi aku berbahasa. Banyak bahasa yang aku tahu, selain Bahasa Melayu dan Inggeris, aku pun tahu bahasa rojak, bahasa pasar. Tapi apa-apapun bahasa jiwa bangsa.

p.s. Sekarang bukan demam Dennis, tapi demam ZA. Sampai mimpi2 malam tadi. ZA sangat sweet dalam mimpi tu, sangat baik hati dan penyayang. Itulah ZA idola baru aku. :)

Be Good.

"Hanya satu kata, LAWAN! " - Wiji Thukul